Friday, November 27, 2015

Sarawak

Assalamualaikum

Teheeee dah lama gila tak post bhaii. Haha, last post masyaAllah sister dah berzaman haaa. Orite untuk pengetahuan semua aku dah sambung degree. Ce teka kat mana? Ce teka ce teka? Haaa tak tahu kan, yaaaaa kamek sambung study kat Sarawak. Mesti korang ingat Unimas kan? Haaaa SALAH ya.. Aku dapat uitm samarahan. Lepas asasi palam dapat degree pon uitm. Nampak tak uitm di hatiku? Heh *tenyeh hidong* Jauh kan langkawi ke sarawak. Kau hengat aku gumbira ka bila dapat tahu kena sambung degree kat sarawak. Lepas tengok result tu macam nak terjelopok jatuh pengsan *eceh* hahha. 

Padahal course aku dapat tu ada je kat semenanjung, yang paling dekat haa tu haa uitm arau. Nak jugak dicampaknya aku ke sarawak. Tapi apa boleh buat kan, tu je pilihan yang ada so terima je la kamek. Lagipon tak penah2 datang sarawak ni, apa salahnya. Parents aku pon boleh datang melancong sekali. Senanye bila aku bagitau parents yang aku dapat sarawak, depa pon macam stress la kenapa anak depa ni dapat sarawak. Haaaa, aku sampai nak reject tau tawaran sebab sarawak punya pasal. Hmmm tapi kalau aku reject aku nak study mana lagi. Nak tunggu anak raja masuk minang, tak dapeknya dek non. So at last gua terima je. Huhu

But I can see that both mak ngan abah were so HAPPY when they came here. Mak lagi la, she never imagined that she could visit sarawak if i wouldn't be offered here. So that i realized that i made a right decision to accept the offer. Yeah, kena daftar uitm 1 september. We came on 30th August. Sempat pegi jalan2. Haaa, sebelom naik flight ke kuching, aku nampak la orang2 yang flight depa from sarawak ni bawak plastik2 mira cakehouse. Ehhhh sebelom pi sarawak aku tanya2 la pakcik google tempat2 menarik, makanan2 menarik kat sarawak ni. Hmmmm, tak tertengok dek non. Banyak nau.




Sedap kan kek lapis kat atas tu.. Hahahahha, eventho aku dah lama *lewls ada la dalam 3 bulan baru poyo betul* dok sitok tak jemu beb makan kek lapis since cake is my fave!!! 

Lepas dah daftar, mds pon start thennnn habis. Haha, mds biasa2 je sebab dak2 degree sikit je nak dibuli pon. Lain la macam kat palam dulu, dibulinya kami suruh naik turun tangga maut tu. Matilanak. Course aku satu kelas je sebab kitorg 16 orang je hahaha sadis kan. Tapi takpela sikit ni orang cakap boleh kuatkan lagi chemistry bond tuu haa gittew *yeke?* Then dalam minggu mds tu hakak2 n habang2 mpp n pm ni baik betul bawak kamekorg jalan kat kuching. Hahahha, pegi muzium2  dgn plaza merdeka. Hmmmm, dekat depan plaza merdeka tu ada mcm tempat lapang tau, haritu dekat situ la depa buat hari sukan negara. 


At least kalau orang tanya dah melawat muzium sarawak ke blom dengan bangganya say YES! haha



Teheee. Emmm lagi aku dah pegi pasar serikin yang sempadan indon tu haaa. Orang sarwak pon terkejot kami dah pi, depa pon tak pi lagi. Kahkah, tapi panas bhaii serious panas hengko kalau nak pegi pagi2 dah kena betolak sampai sana tak la panas sangat. Kalau sampai tengah hari hmmm berpaneh la kome kat situ. Haha perasan tak aku cakap campur2 negeri. Dalam kelas aku ada dak kelantan, kedah, pahang and majoritinye perak. Haaa dok mengkome la haku. Dua org je dak sarawak kelas aku sampai depa pon dah cakap utara. Hahahaha

Few of kamek punya classmates. Yang lain shy-shy cat takmboh amek gambo huh



Atas ni gambar dekat waterfront. Popular gak aa tempat ni, dekat je kalau dari plaza merdeka. Dekat waterfront ni la hangpa boleh naik bot tambang tu, pi ke seberang. Kecik je sungainya, Seberang sungai tu ada food court dekat situ boleh la jumpa makanan sarawak from laksa sarawak, mee kolok anddd ada mira cake house kat situ.

Tasik biru gais. Photobomb gred A tok. Memanjang interframe gambo aku. Haha disebabkan jerebu so view pon kabur. Sob sob sedih hakak.

Haaa udoh2 le tu cerite ye. Baru sedor takde pon post time aku kat asasi dulu, hahahha banyak je cerita senanye tapi itulah hmmm paham2 je lah. hikhik, orite dekat uitm sarawak ni pon banyak story nak mory tapi nanti la ek.

Hari rabu kesat bhaii part 1 kena pakai baju putih. Mana tak glemernya semua kenal baju putih tok dak2 part 1. kahkah

Thanks for your time =)


0 comments: