Wednesday, September 14, 2016

Foundation Year (PALAM 14/15)

Assalamualaikum and hello earthlings! Yeah, cam biasa holla after a longgggggg longgggg time. Haha, so kalini takde nak menceceh panjang sebab aku nak tunjuk gambar2 time aku asasi dulu. Fyi, aku asasi palam batch 14/15. Let's get started!

p/s: pictures not gonna be in a right order. i just mixed them up. haha



























amboi happynye kak

Okay ada banyak senanye gambar tapi nanti letak semua muntah pulak hampa tengok haha. To be frank, i miss palam a lot! Like A LOTZZZZZZ. Hahaha, rindu rumah, rumets, classmates, bilik kuliah, not to forget tangga kejayaan lewls. Rindu bazaar belakang C4, cafe angsana, psb semua lah. I played a lot back then and my result was sooo teruk haa padan muka hengko!!! Well, i did enjoy my life as a foundation student. Maybe i was enjoying it too much kahkah. So too sum up, I MIZZ PALAM DAMN LOT! Teheeee

Kalau korang nak tau I am studying chemistry here in UiTM Samarahan. I do love chemistry during foundation BUT I did not expect to further my study in this field at all. And the worst part, I did not even remember I choose chemistry in the upu lewls. But as I told u guys in the previous post, I just accept the offer and here I am. If u guys haven't checked my previous post, click here.

Thank you for reading!


Friday, November 27, 2015

Sarawak

Assalamualaikum

Teheeee dah lama gila tak post bhaii. Haha, last post masyaAllah sister dah berzaman haaa. Orite untuk pengetahuan semua aku dah sambung degree. Ce teka kat mana? Ce teka ce teka? Haaa tak tahu kan, yaaaaa kamek sambung study kat Sarawak. Mesti korang ingat Unimas kan? Haaaa SALAH ya.. Aku dapat uitm samarahan. Lepas asasi palam dapat degree pon uitm. Nampak tak uitm di hatiku? Heh *tenyeh hidong* Jauh kan langkawi ke sarawak. Kau hengat aku gumbira ka bila dapat tahu kena sambung degree kat sarawak. Lepas tengok result tu macam nak terjelopok jatuh pengsan *eceh* hahha. 

Padahal course aku dapat tu ada je kat semenanjung, yang paling dekat haa tu haa uitm arau. Nak jugak dicampaknya aku ke sarawak. Tapi apa boleh buat kan, tu je pilihan yang ada so terima je la kamek. Lagipon tak penah2 datang sarawak ni, apa salahnya. Parents aku pon boleh datang melancong sekali. Senanye bila aku bagitau parents yang aku dapat sarawak, depa pon macam stress la kenapa anak depa ni dapat sarawak. Haaaa, aku sampai nak reject tau tawaran sebab sarawak punya pasal. Hmmm tapi kalau aku reject aku nak study mana lagi. Nak tunggu anak raja masuk minang, tak dapeknya dek non. So at last gua terima je. Huhu

But I can see that both mak ngan abah were so HAPPY when they came here. Mak lagi la, she never imagined that she could visit sarawak if i wouldn't be offered here. So that i realized that i made a right decision to accept the offer. Yeah, kena daftar uitm 1 september. We came on 30th August. Sempat pegi jalan2. Haaa, sebelom naik flight ke kuching, aku nampak la orang2 yang flight depa from sarawak ni bawak plastik2 mira cakehouse. Ehhhh sebelom pi sarawak aku tanya2 la pakcik google tempat2 menarik, makanan2 menarik kat sarawak ni. Hmmmm, tak tertengok dek non. Banyak nau.




Sedap kan kek lapis kat atas tu.. Hahahahha, eventho aku dah lama *lewls ada la dalam 3 bulan baru poyo betul* dok sitok tak jemu beb makan kek lapis since cake is my fave!!! 

Lepas dah daftar, mds pon start thennnn habis. Haha, mds biasa2 je sebab dak2 degree sikit je nak dibuli pon. Lain la macam kat palam dulu, dibulinya kami suruh naik turun tangga maut tu. Matilanak. Course aku satu kelas je sebab kitorg 16 orang je hahaha sadis kan. Tapi takpela sikit ni orang cakap boleh kuatkan lagi chemistry bond tuu haa gittew *yeke?* Then dalam minggu mds tu hakak2 n habang2 mpp n pm ni baik betul bawak kamekorg jalan kat kuching. Hahahha, pegi muzium2  dgn plaza merdeka. Hmmmm, dekat depan plaza merdeka tu ada mcm tempat lapang tau, haritu dekat situ la depa buat hari sukan negara. 


At least kalau orang tanya dah melawat muzium sarawak ke blom dengan bangganya say YES! haha



Teheee. Emmm lagi aku dah pegi pasar serikin yang sempadan indon tu haaa. Orang sarwak pon terkejot kami dah pi, depa pon tak pi lagi. Kahkah, tapi panas bhaii serious panas hengko kalau nak pegi pagi2 dah kena betolak sampai sana tak la panas sangat. Kalau sampai tengah hari hmmm berpaneh la kome kat situ. Haha perasan tak aku cakap campur2 negeri. Dalam kelas aku ada dak kelantan, kedah, pahang and majoritinye perak. Haaa dok mengkome la haku. Dua org je dak sarawak kelas aku sampai depa pon dah cakap utara. Hahahaha

Few of kamek punya classmates. Yang lain shy-shy cat takmboh amek gambo huh



Atas ni gambar dekat waterfront. Popular gak aa tempat ni, dekat je kalau dari plaza merdeka. Dekat waterfront ni la hangpa boleh naik bot tambang tu, pi ke seberang. Kecik je sungainya, Seberang sungai tu ada food court dekat situ boleh la jumpa makanan sarawak from laksa sarawak, mee kolok anddd ada mira cake house kat situ.

Tasik biru gais. Photobomb gred A tok. Memanjang interframe gambo aku. Haha disebabkan jerebu so view pon kabur. Sob sob sedih hakak.

Haaa udoh2 le tu cerite ye. Baru sedor takde pon post time aku kat asasi dulu, hahahha banyak je cerita senanye tapi itulah hmmm paham2 je lah. hikhik, orite dekat uitm sarawak ni pon banyak story nak mory tapi nanti la ek.

Hari rabu kesat bhaii part 1 kena pakai baju putih. Mana tak glemernya semua kenal baju putih tok dak2 part 1. kahkah

Thanks for your time =)


Thursday, January 23, 2014

Buddy Program I (Throwback 29.1 2013 - 31.1 2013)

Assalamualaikum. 

Haaa entry kali ni aku nak buat throwback. Apakah itu throwback? Anda sangat lame jika tidak tahu apa itu throwback maka selepas membaca entry ini anda hendaklah dengan segera mendaftar instagram untuk tahu pasal terobek (lmao) ni haha. Eh eh nak gi mana tu? Baca bagi habis dulu rileks derr

Senanye cerita ni kalau masuk 29.1.2014 maka genaplah setahun. Kahkahkah kau hadoooo cerita dah basi pastu nak post? Disebabkan gwa busy tahun lepas yelah calon sepiem kan, so tak nyempatlah nak hupdate. Lagipun it was one of my best memories ever la dalam hidup aku, then why not aku nak kongsi dengan korang kan. Jom cekidaut

Dak2 kelas aku (sains tulen) terpilih untuk program sains & matematik dengan dak2 thailand (phiman phitayasan). Peh memandangkan ni last year kat sekolah, we had the chance to join this international program apa lagi hati gembira riang ria kanak2 ribena la. Pastu bila dapat tau nanti kitorg pulak mungkin pegi sana haa boleh bayang tak eager beaver kitorg macam mana? Yeah tahap tak boleh belah minta selipar jepun



29.1.2013 students from phiman ni datang kitorg tunggu dorg waktu lunch dekat kantin. Excited habaq hang, punya la prepare cakap siam haha kap phun kap, chen rak ter ok act aku lupa nak type macam mana, nak pronounce aku tahu lol. Lepastu punya dok harap mamat2 thailand ni hensem2 belaka & memang tak mengecewakan dorang lagi hensem dari dak2 dekat sekolah aku wahahaha

Lepas habis lunch, kami tolong girls phiman bawak barang2 masuk hostel and dak2 laki tolong boys phiman check in homestay since hostel available untuk girls sahaja, Petang tu kitorg ada ice breaking session, best sebab pes time bergaul dengan foreigner haha. Nyanyi2, main2 pastu cikgu buat game untuk tentukan buddy masing2. Aku tak kisah pon buddy aku sape sekali dapat buddy yang memang ramai orang adore haha melopong je lah orang lain. It was quite easy for me la sebab dia Islam tapi ada communication problem sikit since dia tak faham english sangat. Nak harap aku cakap thailand kahkahkah kirim salam

Meet Meela, my buddy :)))))

Lepas habis kenal2 kitorg boleh rehat and prepare untuk malam kebudayaan. Disebabkan program ni buat kat hostel maka dak2 sains tulen yang tak duduk hostel ni kenalah masuk secara imigran puahahaa. Best gila wei sebab banyak orang tak puas hati tapi kite watlek watkol je kan.


Dah nama pon Malam Kebudayaan kan so mestila ada menari2, nyanyi2, joget2 haha. Seronok la walaupun kitorg tak buat persembahan kena import pasukan penari pulak haha. Ok kat sini aku taktau nak cerita apa so skip lol






Esoknya pulak (30.1.2013) kitorg siap awal2 nak pergi ISLAND HOPPING. Walaupun aku orang Langkawi tapi aku penah sekali je pi island hopping. Sedih tak? Haha so memandangkan ada orang nak bawak kitorg secara percuma, patut dimanfaatkan dong.

 Semua mata sepet haha



Okey sesiapa yang nak datang Langkawi, Island Hopping ni salah satu aktiviti wajib aa. Rugi wei kalau korang tak try, lagipun affordable. Engko bayangkan la semua sekali students dalam 70 orang lepastu satu bot muat dalam 15 orang camtu kot, so bot ada dalam 5 la. Bila dah naik bot ni, bot yang lain macam nak ajak race haha setiap masa aku mengucap takut bot terbalik tau dak. Tapi memang best gila ah! I give 10/10 haha

Pemandangan sepanjang naik bot memang to die for la. Tenang rasa

Bila naik island hopping ni dia akan bawak pegi 3 tempat. First, Tasik Dayang Bunting. Hampa kalau datang sini jangan letak apa2 dalam plastik sebab beruk2 kat sini sensitif tengok plastik depa tau nak rembat ja. Kalau hampa degil lantak pi la kena ligan dengan beruk tu haha.








Laluan ke Tasik Dayang Bunting. Time ni dah nak balik

Dekat sini tak mandi pon sebab malaih nak tukar baju, lagipun baju spare tak bawak. Memang tak bercadang pon nak mandi, boys takpe la kan. Haha, nak naik bot itik tapi tak sempat so main2 air je lah tangkap gambar bagai. Hampa tau kan sebab apa tasik ni nama dayang bunting? Sebab kalau datang sini hampa boleh nampak bukit bentuk macam ibu mengandung, haa itulah ciptaan Allah SWT. Indah kan? Lagi satu, air dekat sini air tawar, bukan air masin. Pelik tak tasik ni tengah2 laut tapi air dia tak masin. Haaa, kuasa Allah jugak. Impressive kan? So kalau tak caya mai cuba sendiri ok!

Haa, ni la yg aku cakap. Macam ibu mengandung tak?

Second destination, Pulau Singa. Dekat sini tak boleh turun cuma boleh tengok dari atas bot sebab air tinggi. Lagipun main attraction dekat Pulau Singa ni ialah kita boleh tengok eagle feeding. Alhamdulillah kali ni aku pi dengan kenkawan dapat tengok banyak gila burung helang. Macam2 saiz & warna. Amazed gila ah, rasa macam nak tangkap sekor bawak balik haha





Third, Pulau Beras Basah. Kat sini ada pasir macam pantai biasa, so kitorg main game. Lawan pijak belon haha. Serious tak leh blah tapi best. Lepas dah habis main, dak2 thailand and dak2 laki sek aku pegi mandi. Kami yang perempuan ni bajet taknak mandi lepastu nak buat khianat lah sikit kan campak sorang dua masuk laut last sekali semua terjun laut. Suka gila waktu ni, will never forget it. Sayangnya bateri phone habis tak sempat nak tangkap gambar wuwuwu. Pastu cerdik sangat fon letak dalam poket then terjun laut. Haha Dah la tak bawak baju spare kan pastu balik dengan baju basah la jawabnya, pakcik tu pulak bawak bot laju hah menggigil memasing haha.

Tgh hari tu kitorg sampai sekolah balik dengan bau air laut yang masin haha. Petang pulak ada outdoor activity, main belon jugak. Tapi nama game ni makin jauh makin sayang. Ewah nama nak commercial je kan? Hampa tau tak ni main macam mana? Ok game dia macam ni, ala hampa mesti penah tengok belon yang kita isi air tu kan? Haa, pastu hampa cari partner sorg then baling kat pasangan masing2. Couple yang mana paling jauh and tak pecah depa la menang. Nasib baik belon tu tak pecah kat aku, pecah dekat buddy aku (Meela) haha. Kesian dia dah la sebelum tu basah mandi pantai petang pon basah lagi mihmihmih

Malam pulak kitorg ada macam Mind Game la. Kena buat structure yang paling kukuh untuk tampung beg2. Kumpulan mana yang buat structure yg boleh tampung beg paling banyak menang. Haha, waktu semua orang macam arkitek tak bertauliah la kan bina bangunan memasing guna surat khabar. Malangnya kumpulan gwa kalah sedih bhai. Nampak sangat tak kreatif haha



Macam-macam style ada lol 

Malam tu kira last night kitorg la sebab esok tu dorang dah nak balik. Sedih jugak la, tapi simpan sedih tu untuk esok haha. Btw, sebelum program cikgu suruh masing2 sediakan satu hadiah. Hadiah tu akan bertukar dengan buddy memasing. Terharu wei haha

Last day (31.1.2013) telah tiba. Wuwuwu, sedih sangat. Kitorg bawak dak2 phiman ni melawat sekolah. Tangkap gambar dekat batu geopark a.k.a mercu tanda smk tunku putra haha. Lepas sarapan dorg bertolak pegi Oriental Village (Cable Car) sebelum departure, kitorg dah tak ikut sebab dah start sekolah haha. Waktu breakfast tu macam diam je memasing ye la sedih woi. Then tangkap gambar, tukar2 no fon and fb bagai.


Lepastu kitorg hantar dorg dekat bas. Waktu ni dah start drama sebabak, peluk2. Ucap itu ini, haha. Yang takleh blah aku boleh TERmenangis pulak. Haha spoil betul budak sekor ni. Act Meela dah naik bas pun then kawan dia nampak mata aku berair then tegur aku pastu apa lagi, aku ni bukannya boleh org tegur benda sensitif gini terus jadi lagi sensitif. Menangis macam budak kecik en aku, Meela terus turun peluk2 & tengkan aku. Haha childish gila ko.

Mangaiii panjangnya entry ni kan. Haha, so ni cerita pasal dak2 phiman tu datang sekolah kitorg. Next entry insyaAllah aku cerita pasal aku pegi sana pulak okeh. Terima kasih daun keladi, lepas ni datang lagi. Haha berpantun pulak ekau jang. Secara tak sengaja dah promote Langkawi haha